Rabu, 18 Julai 2012

KiSaH SuSuLaN DaRi "KeMaLaNGaN MaUt"

Assalamualaikum wbt.......

Berita pasti & sahih yang ditunggu2 telah pun disiarkan di akhbar Sinar Harian Pahang hari semalam....Kisah mengenai kejadian Kemalangan Maut yang berlaku 3  hari yang lalu di Lebuhraya Karak - kuala Lumpur...

Ikuti kisah ini....

BENTONG - Seorang lelaki maut dalam kemalangan di kilometer 54.4 Lebuh raya Karak - Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40petang, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh dipercayai memeberhentikan kenderaan  di lorong kkecemasan sebelum berjalan untuk melihat dari jauh kemalangan yang berlaku di seberang jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa ingin kembali ke kenderaanya , dia dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju dan terbabas sebelum  melanggar mangsa yanng pada masa itu berada di laluan kecemasan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. "Mayat mangsa mangsa kemudian dibawa ke Hospital bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga," katanya.

Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, rakan mangsa Mustafar Yaakob, berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur bersama arwah untuk urusan perniagaan kereta kira-kira jam 4 petang semalam.

"Dia mengajak saya ke Kuala Lumpur  petang semalam, saya minta izin untuk tukar pakaian tetapi dia cakap tak perlu kerana katanya sudah ada orang menunggu.

"Masa itu saya perasan arwah sedikit kelam kabut dan tidak seperti biasa", katanya sewaktu ditemui Sinar harian di masjid Kampung Batu Satu, Temerloh, semalam.

Mustafar berkata, dia bertolak ke Kulala Lumpur semalam dan dalam perjalanan ketika sampai di Bentong mereka liat satu kemalangan berlaku diarah bertentangan.

"Arwah meminta saya saya memberhentikan kereta kerana katanya mahu mahu melihat kemalangan itu yang disangkanya membabitkan anak lelakinya.

"Arwah cakap kereta itu macam kereta anaknya, dia turun dari keretaberjalan kaki kira-kira 50 meter ke belakang di lorong kecemasan dan berpatah balik ke kereta beberpa minit selepas itu.

"Masa arwah patah balik saya lihat dia dari cermin sisi dan pada masa itulah tiba-tiba sebuah kereta mewah yang dipandu laju terbabas di lorong kecemasan lalu merempuh  arwah dari belakang."katanya.

Mustafar berkata, dia keluar dari kenderaan dan lihat arwah sudah tidak bernyawa, yang menjdaikan dirinya semakin marah apabila mendapat tahu kenderaan yang merempuh arwah dipandu laju kerana berlumba.

Mustafar berkata, beliau dimaklumkan beberapa petugas lebuh raya dan orang ramai di situ, beberapa kereta mewah dipercayai sedang berlumba sebelum salah sebuah darinya merempuh sebuah kereta lain dan terbabas ke lorong kecemasan lalu merempuh rakannya itu.

Sementara itu kakak mangsa, Aminah Mat Taha ketika ditemui berkata, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Chengal selepas Zohor semalam.


Akhbar lain turut menyatakan.........BACA DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"HaRTa KaRuN ULaM RaJa"...