My AnNiVeRsARy....

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 15 Februari 2012

3 HaRi Di PeRaK...

Assalamualaikum wbt....

Seminggu sudah sambutan Hari Maulidur Rasul telah berlalu...

Cam tahun lepas aku berpeluang meraikannya....Berbeda dengan tahun ini, sambutannya secara tidak formal kerana pada hari yang sama aku menghadiri Majlis Perkahwinan Zira ( sepupu hubby ) di Setiawan Perak.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul walaupun agak terlewat buat semua umat Islam di seluruh dunia... Sorry entry kali ini agak terlewat sedikit atas2 sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan...;).

Alhamdulillah, menyebut pasal pergi Perak ni, kat sini aku nak berkongsi sikit la citer sepanjang tempoh 3 hari di sana..

Pada 4hb yang lalu, kami bertolak ke Setiawan Perak dengan 3 buah kereta. Ke semuanya terdiri daripada ahli keluarga sebelah hubby iaitu adik ipar & family, abang ipar & family serta ibu mertua kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu.

So, seawal 5.30am aku dah mula bangun siapkan barang2 yang perlu dibawa. Begitulah aku setiap kali adanya program yang diaturkan memang terpaksa mendahului dari yang lain bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Bagi memastikan tiada apa pun barang2 yang ingin dibawa tercicir di rumah.

Kebiasaanya persediaan akan dilakukan sehari sebelum tapi pada 3hb tu aku bekerja shift petang. Balik ke rumah pun dah lewat kerana pelbagai perkara yang perlu diuruskan sebelum pulang. Penat seharian bekerja belum hilang so, post poned time pagi la untuk settlekan apa yang patut tu.

Kemas punya kemas, slow motion punya kemas ( takde sapa2 nak push kan, so relax je la ) Wat santai2...Masukkan pakaian anak ke dalam 1 beg, pakaian kami suami isteri ke dalam 1 beg. Tak campur pasal nanti susah nak cari...He3..
Pastu iron dari satu baju ke baju yang lain. Settlekan semua, tak suka tangguh2 lagi dah. Mana2 pakaian yang perlu diiron, aku iron siap2 senang...Nanti takde la susah payah kelam kabut dok nak mengiron sana sini...Cukup tak gemar.

Bertolak turun dari rumah 8am. Pergi breakfast dulu di area bandar. Agak lama juga di situ. Makan pun main2 cam nak jalan dekat je gayanya... Siap makan 9 am & kami meneruskan perjalanan.

Kalau ikutkan, weol lebih suka balik melalui Genting - Batang Kali , dekat sikit rasanya. Tapi memandangkan kakak ipar aku tidak tahan melalui kawasan yang corner, weol ikut je la seperti yang dirancangkan oleh abang ipar iaitu melalui LATAR.

Erm...tak sangka, jalan baru seperti itu agak lengang dari kesesakan lalu lintas. Jalannya agak lebar & cukup selesa. Perjalanan pun tak memerlukan tempoh yang lama seperti dulu.

Selamat sampai di Kg Parit Jerman pada pukul 2pm. Alhamdulillah, langkah kanan. kami dijamu lunch dengan hidangan masakan ala kampung  yang sedap & lazat sekali...

Selesai makan weol tulun2 le apa yang patut. Paling banyak sekali tulun tengok je la pasal memasing dah keletihan kerana sepanjang jalan cuaca panas terik lebih2 di area kg berkenaan.

Dalam pukul 6pm,weol bertolak ke rumah bapa saudara di Batu 9 Lekir untuk mandi & rehatkan badan sementara menunggukan selepas isyak untuk kembali ke rumah pengantin perempuan.

Terasa mata terlalu berat waktu tu. Seolah2 ade batu yang tergantung di kelopak2 mata. namun terpaksa bertahan jua. Bila lagikan nak seronok2. Waktu ni la kan. Kena la bekorban sikit, tul tak? hehehe

Then pada malam itu, weol beramai2 tido di rumah pengantin sehinggalah tibanya waktu pagi memasing perlu membawa diri sekali lagi.

Kali ni weol diarahkan pergi ke sebuah rumah saudara di simpang luar untuk menyiap2kan diri. Then balik ambil breakfast beramai2.
Terasa tersangat2 la penat waktu itu tapi tetap digagahi jua.....Memasing dah nampak tilam & bantal je...hehehe.

Andak & mak andak

Turut hadir ke majlis, Dato Nizar

Zira & hubby. Selamat Pengantin baru...

Setelah selesai majlis, weol ke rumah cu sekali lagi di Batu 9 untuk bermalam.

Pelbagai menu yang Cu jamukan buat kiteorang nih sampai kenyang tak luak2...Ade2je makanan yang disediakan. menu paling special GAYAM la sebanyak 10kilo direbus & dicicah dengan sos...Erm...Lecur pulak air liur. Sedap sangat2.
Tq Cu kerana berusaha mendapatkannya...He3..

Di sebelah petang pula, Cu membawa weol ke tepi laut yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Program pada petang tu nak kutip hasil laut seperti  kerang & ikan segar.

Budak2 la paling seronok buat acara kkutip mengutip kulit2 kerang...Gali2 main pasir...




Ikan belacak..Spesis liar rupanya...Pelik jugak kerana memasing sibuk naik berehat di tebing..

Antara hasil yang diperolehi...

Puas jugak nak keluarkan ikan ni sekor2 dari pukat...paling tak suke...hu3




Seronok sangat2 kerana dapat berpeluang mengaut hasil laut dengan tangan sendiri...
Hanya setengah jam menahan pukat, pelbagai jenis ikan dapat ditangkap. Antaranya ikan Gelama, udang, ketam...Tapi udang & ketam tak le dapat banyak mana pun. Ikan je la harapan...:). Syukur, boleh wat santapan di malam hari....

Pada malam harinya acara masak memasak diadakan. yang ambil bahagian aku, Cu & Kak Ti. Weol masak je apa yang berkenan. Aku wat sambal gayam & kacang masak kicap. Kak Ti masak ikan kari. Sedap...

Selesai makan, memasing dah kepenatan. Sepanjang hari jadual waktu padan yang amat sangat. Time untuk beistirehat.

Keesukkannya 6hb, awal2 pagi lagi dah mula bersiap2, breakfast & memulakan perjalanan. Menziarahi kubur arwah Tok Tiah & Tok Jantan, ke rumah kenduri semula untuk mengucapkan terima kasih & meneruskan perjalanan...

Bertolak pada pukul 1pm & tiba di Temerloh pada pukul 7pm selepas berhenti di beberapa tempat untuk makan tengahari.

Seronok sangat walaupun percutian ini agak singkat...Next time la kita pergi lagi....:)












0 ulasan:

Catat Ulasan

"HaRTa KaRuN ULaM RaJa"...